Tuesday, February 21, 2012

CUTI-CUTI


Assalamualaikum….

Cuti-cuti ni agak membosankan la tapi tak kurang juga perkara yang menggembirakan… Banyak juga la dapat pengalaman time cuti ni..

            Sebelum cuti hari tu semua budak2 u dapat baucar buku rm200.. memang dah habis la aku guna…hahaha…tp memang berbaloi ibarat dapat buku free je.. mesti korang tertanya2 apa aja la yang aku beli dgn rm 200 tu…hemmm…
Memang la macam2 yang aku beli, alatan tulis, kertas A4, exam paper, notebook, buku2 rujukan tuk adik, novel2 tuk adik lagi sorang, buku latihan n kamus tuk anak2 buah, tafsir mimpi.. memang berbaloi2… kredit untuk kedai buku POPULAR n kedai buku SINAR.. walaupon guna baucar, masih dapat lagi diskaun sebab jadi ahli…hahahah…seronok3..

            Pengalaman yang paling tak dapat dilupakan ialah aku dilantik jadi suri rumah sementara mak aku tak ada kat rumah sebab mak aku kat hospital jaga nenek aku yang tengah sakit… agak tenat la mula2 sebab pasang tiub sana pasang tiub sini… kesian sangat sampaikan aku nak tengok pun tak sampai hati… memang la tengok zahirnya aku ni kuat and nampak tegas tapi hakikatnya hati aku ni lembut sgt and mudah tersentuh..apa lagi nangis tak karuan la aku jadinya bila tengok nenek aku yg kat icu.. kerap juga la aku p HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH KLANG nk jenguk mak dan nenek aku… tapi aku rasa seronok sangat bila dapat p hospital tu sebab dapat jumpa mak dan nenek aku.. xlupa gak dapat tengok doktor2 muda… hahahaha…
           
            Time jadi suri rumah ni banyak juga benda aku kena buat bangun seawal 5 pagi sbb nak masak untuk abah bawa bekal p kerja, then buat sarapan tuk abang2, adik2 dan juga anak buah yang berumur 2 tahun.. lepas dah siap semua tu, kemas2 rumah sikit memang la penat.. tp yg bestnya lepas tu aku sambung tidur balik…wakakakaka… disebabkan tak ada orang yang akan membebel kat aku, maka besar kepala la aku kt rumah semua orang p keje…hahahah…

            Ada satu lagi cerita.. kak angkat aku yang ku sayangi SITI NORAIN KAMARUDIN akan mendirikan rumah tangga pada tanggal 4 MAC 2012… aku sebagai adiknya tumpang gembira untuknya… insyaAllah adik akan datang majlis akak tu…mudah2an jodoh kalian kekal sehingga ke hujung nafas… amin..

            Lagi 2 minggu aku akan sambung masuk sem baru.. Alhamdulillah sem yang keempat ni aku still dpt kolej lagi.. yang paling aku gembira housemate yang lama masih sama rumah ngan aku.. seronok sangat.. salimah, atika, azlin, and min… dapat plak bilik 4 orang n no rumah plak 4E09 rumah yang panjang sama macam sem lepas.. yuran pklak berpatutan rm210 untuk 1 sem..lepas masuk sem baru aku tak tau la tekanan apa lagi yang akan menyimbah aku and sahabat2 seperjuangan dengan aku.. harap2 semua berjalan dengan lancar.

            Ya Allah lindungilah aku, keluargaku dan sahabat2ku… tenangkanlah hati kami dalam menempuh apa jua rintangan dalam kehidupan ini.. selamatkanlah kami daripada malapetaka dan lindungi kami di mana sahaja kami berada… panjangkanlah umur kami, murahkanlah rezki kami dn tetapkanlah iman kami… amin ya robbal alamin…

            Berita baik, Alhamdulillah nenek aku dah sihat balik… ptg tadi dah balik rumah… Cuma batu karangnya ja belum ok.. bulan depan p HKL plak nk wat rawatan…mudah2an semua berjalan lancar…

No comments: